JUDUL:tx.

Transcripción

JUDUL:tx.
PUMS 99 : 1
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: tx.~ (£~~ i ~ ~ . ~
~~ , ~ ~ ~f~'l· ~·~(
D~;r------ - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- ----------------SESI PENGAJIAN: _ _-,-_ _ _ _ _ __
Saya
Az-te,
fiEW M PftWA/V \
~8~A~ I
(HURUF BESAR)
ntengaku membenarkan tesis (LPSI Srujanal Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah.
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salin an tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. ** SUa tandakan ( / )
(Mengandungi rnaklumat yang berdarjah keselamatan .
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan
oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh
TIDAK TERHAD
JAMIUN MICHEAL
LrBRARlAN
LIBRARY
UNJVERSITI MALAYSIA SABAH
~
A.lamatTetap: _ _ _ _ __ _ _ _ ___
---------------------------~---------------------
l'ankh:
~A.TATAN:
Tarikh:
-----------------
* Potong yangtidakberkenaan.
* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasalorgansasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
dan TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau
disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).
KAJ1AN PENGETAHUAN, S1KAP DAN AMALAN PENYUSUAN
SUSU 1BU SECARA EKSKLUS1F D1 BANDARAYA KOTA
K1NABALU
AZ1E NOR MAZWAN1 B1NTI SHAHAR1
TES1S IN1 D1KEMUKAKAN UNTUK MEMENUH1 SYARAT
MEMPEROLEH1 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN
DENGAN KEPUJ1AN DALAM B1DANG SAINS MAKANAN DAN
PEMAKANAN
SEKOLAH SA1NS MAKANAN DAN PEMAKANAN
UN1VERS1T1 MALAYSIA SABAH
2010
PENGAKUAN
Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali beberapa nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
16 OGOS 2010
AZIE NOR MAZWANI BINTI SHAHARI
HN2006-4835
ii
PENGESAHAN
NAMA
:AZIE NOR MAZWANI BINTI SHAHARI
NO. MATRIK
: HN2006-4835
TAJUK
: KAJIAN PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN PENYUSUAN
SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF DI BANDARAYA KOTA KINABALU
TARIKH VIVA
: 13 MEl 2010
DISAHKAN OLEH
Tandatangan
~
1. PENYEUA
I
(DR. YASMIN 001 BENG HUOl)
(
2. PEMERIKSA 1
(DATIN RUGAYAH ISSA)
\
3. PEMERIKSA 2
(PN SHALAWATI @ SALWA IBRAHIM)
4. DEKAN
(PROF. MADYA DR. MOHO. ISMAIL ABDULLAH)
iii
--2d-.
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur
ke hadrat IIIahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya dapat juga saya
menyiapkan projek kajian ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
kepada penyelia saya, Dr. Yasmin Doi Beng Houi di atas segala tunjuk ajar beliau
serta kesabaran beliau dalam membantu saya menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya
jasa beliau amat saya hargai dan tanpa bantuan dari beliau, tentu saya tidak dapat
menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya
ucapkan buat kedua orang tua saya dan sahabat-sahabat perjuangan yang
memberikan
dorongan
dan
bantuan
yang
begitu
banyak
sepanjang
saya
mengendalikan projek kajian ini. Jasa kalian amat saya hargai. Seterusnya ucapan
terima kasih buat pensyarah-pensyarah yang banyak membimbing, buat semua yang
membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa dan budi baik kalian moga
Allah sahaja yang membalasnya.
iv
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan,
amalan dan sikap ibu-ibu di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan Kota Kinabalu
mengenai penyusuan susu ibu secara eksklusif, hubungan antara pengetahuan,
amalan dan sikap serta faktor-faktor yang menggalakkan dan menghalang penyusuan
susu ibu secara eksklusif. Seramai 100 responden terlibat di dalam kaji selidik ini yang
terdiri daripada kalangan ibu-ibu yang mempunyai bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk diisi oleh responden. Daripada
keseluruhan hasil kajian yang dibuat, didapati 35% responden mengamalkan
penyusuan susu ibu secara eksklusif manakala 65% lagi tidak mengamalkan
penyusuan susu ibu secara eksklusif. Terdapat juga data menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan responden adalah sederhana iaitu 55% responden mendapat skor
sederhana, tahap amalan yang sederhana dengan 51% responden mendapat skor
sederhana dan tahap sikap yang tinggi terhadap penyusuan susu ibu secara eksklusif
dengan 72% responden yang mendapat skor tinggi. Didapati juga tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan amalan dengan nilai p=O.158,
manakala tahap pengetahuan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap
sikap iaitu dengan nilai p=O.OOl. Terdapat juga hubungan yang signifikan antara
amalan dengan sikap responden di klinik ini terhadap penyusuan susu ibu secara
eksklusif iaitu nilai p=O.039. Terdapat faktor-faktor lain yang didapati mempengaruhi
responden untuk menyusukan susu ibu secara eksklusif. Antara faktor-faktor yang
mempengaruhi responden untuk menyusukan susu ibu secara eksklusif ialah faktor
kesihatan ibu atau bayi, pengaruh budaya dan masyarakat serta kefahaman mereka
mengenai pengamalan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Sokongan dan dorongan
dari semua pihak dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu
dilakukan secara berterusan dan lebih giat lagi agar penyusuan susu ibu secara
eksklusif dapat diamalkan secara meluas dan menjadi pilihan utama semua ibu untuk
bayi mereka.
v
THE STUDY OF KNOWLEDGE, ATTITUDE AND PRACTICE OF EXCLUSIVE
BREASTFEEDING AMONG MOTHERS IN KOTA KINABALU CITY.
ABSTRACT
This study was conducted to obtain information about the knowledge, attitude and
practice of exclusive breastfeeding by mothers in the town of Kota Kinabalu Mothers
and Infants Health Clinic, the relationship between knowledge, practices and attitudes
and also the factors that encourage and discourage breastfeeding exclusively. A total
of 100 respondents participated in this survey, comprising among mothers with infants
under the age of 6 months. This survey was using a set of questionnaire for each of
them to fill. The data showed that 55% respondents practice breastfeeding exclusively
while other 65% respondents do not practice breastfeeding exclusively. Data also
showed the level of knowledge of respondents was moderate at 55% of respondents
that have a moderate score, the level of the practice of breastfeeding exclusively was
in the medium with 51% of respondents scored moderate while the level of attitudes
is high to breastfeeding exclusively with 72% of respondents that have high score.
This study also found that no significant relationship between knowledge and practices
of respondents at this clinic for exclusive breastfeeding, which showed p=0.158, while
there is significant relationship between knowledge and attitudes, showed p=O.OO1.
There is relationship between practice and attitudes of respondent at this clinic for
exclusive breastfeeding, showed p=0.039. There are other factors found that
influenced respondents to breast milk exclusively. Some factors were found that
influence the respondents to breast feeding exclusively are the mother or infant health
problems, the influence of culture and SOCiety, and their understanding on practicing
the breastfeed exclusively. Support and encouragement from all sides should be going
to continue and more active for the success of exclusive breastfeeding so that the
exclusive breastfeeding can be practiced widely and be the best preferences by all
mothers for their babies.
VI
KANDUNGAN
HALAMAN
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN
ii
PENGESAHAN PEMERIKSA
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI LAMPlRAN
xii
SENARAI PERKATAAN TERJEMAHAN
xiii
SENARAI SINGKATAN
xv
PENDAHULUAN
BAB 1
1.1
PENGENALAN
1
1.2
OBJEKTIF KAJIAN
3
1.3
KEPENTINGAN KAJIAN
3
BAB 2
ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1
LATAR BELAKANG PENYUSUAN SUSU IBU
2.2
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENYUSUAN
SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF
2.3
4
4
USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKUKAN
UNTUK MENGGALAKKAN PENYUSUAN SUSU IBU
SECARA EKSKLUSIF
2.3.1
6
Perkembangan dalam usaha yang telah dilakukan
Vll
6
2.3.2
Pelan llndakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia
(2006-2015)
7
2.3.3
Inisiatif Hospital Mesra Bayi (BFHI)
8
2.3.4
Langkah-Iangkah ke arah menjayakan penyusuan
9
susu ibu
2.3.5
Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Tata Etika
Produk Susu Formula Bayi
11
2.3.6 Tata Etika Pemasaran Makanan Bagi Bayi
dan Prod uk Berkaitan
2.4
2.5
SUSU IBU
13
2.4.1
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
13
2.4.2
Komposisi Susu Ibu
14
2.4.3
Proses Penghasilan Susu Ibu
15
2.4.4
Persediaan Ibu Yang Menyusukan Bayi
18
2.4.5
Kaedah Penyusuan Susu Ibu
18
PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU-IBU YANG BEKERJA
20
Langkah-Iangkah Penyimpanan Susu Ibu
22
2.5.1
2.6
Berasaskan susu lembu
23
2.6.2
Susu formula selain susu lembu
24
2.6.3
Keburukan susu formula kepada bayi di bawah 6 bulan
25
MASALAH-MASALAH DALAM PENYUSUAN EKSKLUSIF
2.7.1
BAB3
23
SUSU FORMULA
2.6.1
2.7
12
26
Keadaan Yang lldak Digalakkan Untuk
Penyusuan Susu Ibu
26
2.7.2
Penyusuan Untuk Bayi Pramatang
27
2.7.3
Masalah-masalah yang dialami ibu dan bayi
28
METODOLOGI KAJIAN
3.1
KAWASAN KAJIAN
30
3.2
PERSAMPELAN
30
Vlll
3.3
3.2.1 Kriteria pemilihan sampel
30
BAHAN
30
3.3.1
Bahagian A-Latar belakang responden
31
3.3.2
Bahagian B-Latar belakang penyusuan susu ibu
31
3.3.3
Bahagian C-Pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu
32
secara eksklusif
3.3.4
Bahagian D- Amalan responden terhadap penyusuan
susu ibu secara eksklusif
3.3.5
32
Bahagian E-Sikap responden terhadap penyusuan
susu ibu secara eksklusif
32
3.4
KAJIAN PERCUBAAN
32
3.5
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
33
3.6
MEMPROSES DATA
33
3.6.1
Taburan frekuensi
33
3.6.2
Analisis Khi-Kuasa Dua
33
3.6.3
Kaedah penskoran mengikut tertii
34
HASIL DAN PERBINCANGAN
BAB4
DEMOGRAFI RESPONDEN
35
4.1.1 Umur responden
35
4.1.2 Bilangan anak
35
4.1.3 Agama ibu
35
4.1.4 Bangsa ibu
36
4.1. 5 Bekerja
36
4.1.6 Jantina Bayi
36
4.2
JENAMA SUSU FORMULA DAN PERATUS MENYUSU
37
4.3
TEMPOH MASA PENYUSUAN SUSU IBU PERTAMA KAU
37
4.4
TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN PENYUSUAN
4.1
SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF
4.5
PERKAITAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI
IX
40
PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF DENGAN
SIKAP DAN AMALAN MEREKA
4.4
42
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYUSUAN
SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF DIKALANGAN RESPONDEN
(FAKTOR YANG MENGGALAKKAN DAN FAKTOR YANG
MENGHALANG)
43
KESIMPULAN DAN CADANGAN
BABS
5.1
KESIMPULAN
51
5.2
CADANGAN
52
RUJUKAN
53
LAMPIRAN
S9
x
SENARAIJADUAL
Halaman
No Jadual
Jadual 4.1.
Jadual demografi responden
Jadual4.3
Hubungan antara tahap pengetahuan , amalan dan sikap terhadap
penyusuan susu ibu secara eksklusif
Jadual4.4
37
43
Faktor-faktor yang menggalakkan dan menghalang penyusuan
susu ibu secara eksklusif
44
Xl
SENARAI GRAF
No. Graf
Halaman
Graf 4.2
Graf tahap pengetahuan, amalan dan sikap mengikut tertii
Graf 4.5
Graf faktor-faktor yang menggalakkan penyusuan
45
susu ibu secara eksklusif
Graf 4.6
39
Graf faktor-faktor yang menghalang penyusuan
susu ibu secara eksklusif
46
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
HALAMAN
A. Surat kelulusan kajian di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
B
Pekan Kota Kinabalu
59
Borang soal selidik
60
67
C Analisis SPSS mengenai demografi respoden
D
Keputusan pengetahuan responden mengenai penyusuan
75
Susu ibu secara eksklusif
E
Keputusan amalan responden mengenai penyusuan susu ibu
secara eksklusif
F
77
Keputusan sikap responden mengenai penyusuan susu ibu
80
secara eksklusif
G Keputusan skor tahap pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu secara
eksklusif
84
H Keputusan skor tahap amalan mengenai penyusuan susu ibu
85
secara eksklusif
I
Keputusan skor tahap sikap mengenai penyusuan susu ibu
86
secara eksklusif
J
Keputusan hubungan antara tahap pengetahuan dengan
tahap amalan mengenai penyusuan susu ibu secara eksklusif
K
Keputusan hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap
sikap mengenai penyusuan susu ibu secara eksklusif
L
87
88
Keputusan hubungan antara tahap amalan dengan tahap
sikap mengenai penyusuan susu ibu secara eksklusif
xiii
89
SENARAI PERKATAAN TERlEMAHAN
Perkataan terjemahan
Perkataan asal
Alergi
Amaun
Antibodi
Hospital Mesra Bayi
Fenilalanina
Fenilketonuria
Florida
Fosforus
Gastrosus
KalsiLim
Kanser ovari
Kanser payudara
Kasein
Kelenjar mamari
Kelenjar pituitary
Kolesterol
Kolostrum
Laksatif
Laktalbumen
Laktasi
Laktoferin
laktosa
Metabolit
Natrium
Osmoliti
Oksitosin
Puting liruan
Patogenik
Peroksida
Pramatang
Reflek
Trigliserid
Wei
= Allergy
= Amount
= Antibody
= Baby Friendly Hospital
= Phenylalanine
= Phenylcetonuria
= Fluoride
= Phosphorus
= Gastrointestinal
= calcium
= Ovary cancer
= Breast Cancer
= casein
= Mammary Gland
= Pituitary Gland
= Cholesterol
= Colostrum
= Laxative
= Lactalbumin
= Lactation
= Lactoferine
= Lactose
= Metabolite
= Sodium
= Osmolity
= Oxitocine
= Pacifier
= Pathogenic
= Peroxide
= Premature
= Reflex
= Trigliseride
= Whey
XIV
SENARAISINGKATAN
%
Peratus
<
lebih kecil daripada
>
lebih besar daripada
~
sama atau lebih kecil daripada
~
Sama atau lebih besar daripada
°c
Darjah Selsius
g
gram
ru
International Unit
Kg
kilogram
kkal
kilokalori
L
Liter
Mililiter
mL
mOsm -
Miliosmolity
SD
Standard Deviation
X2
Khi-Kuasa Dua
xv
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Malaysia merupakan contoh tipikal bagi negara yang pesat membangun, yang
mengalami perubahan demografi dan sosioekonomi yang besar sejak mencapai
kemerdekaan pada 1957. Bagi pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil pula, amalan
penyusuan ibu merupakan perkara yang diberikan tumpuan dalam beberapa kajian
sepanjang dekad ini (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006). Berdasarkan NHMS III
pada tahun 2008, secara keseluruhan, prevalen penyusuan susu ibu secara eksklusif
di bawah 4 bulan ialah 19.0% dan di bawah 6 bulan ialah 14.5%. Dalam kes
berkenaan penyusuan predominen di bawah 4 bulan dan 6 ialah 19.7% dan 16.9%
masing-masing. Untuk penyusuan pelengkap, prevalen penyusuan ialah 46.7% di
kalangan bayi di bawah 4 bulan manakala 48.2% bagi yang berumur 6 bulan. Di
dapati terdapat peningkatan bagi yang menyusukan susu ibu, penyusuan predominan
di bawah 4 bulan dan penyusuan yang pertama berbanding NHMS II pada tahun
1996. Walau bagaimanapun, terdapat penurunan yang signifikan sebanyak 9.7%
dalam prevalen penyusuan susu ibu secara eksklusifdi kalangan bayi yang berumur 4
bulan. Selain itu, terdapat penurunan yang signifikan terhadap penggunaan botol susu
(NMHS III, 2006). Selain daripada itu, kajian yang telah dibuat oleh IPH (1998) dan
IPH (2008) mendapati walaupun kadar penyusuan susu ibu dikalangan ibu-ibu di
Malaysia adalah tinggi, namun, kadar penyusuan susu ibu secara eksklusif sebelum 4
bulan telah menurun dari 29% pada tahun 1997 sehingga 19.3% pada tahun 2006
(Tan, 2009).
Kajian yang dibuat di Jordan mendapati penyusuan susu ibu sepenuhnya
dilaporkan sebanyak 58%, penyusuan bercampur sebanyak 30.3% dan penyusuan
susu formula ialah sebanyak 11.4% (Khassawneh et al., 2006). Manakala di
1
Bangladesh, sebanyak 77% ibu yang menyusukan susu ibu secara eksklusif kepada
bayi mereka (Haider et aI., 1997). Ini menunjukkan bahawa di negara lain mempunyai
peratusan penyusuan susu ibu secara eksklusif yang tinggi disebabkan para ibu di
sana mempunyai sikap yang positif terhadap penyusuan susu ibuMalaysia masih
berada di tahap sederhana dalam mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif
berbanding negara-negara lain (NCCFN, 2005).
Kajian yang di buat mendapati penyusuan susu ibu merupakan proses normal
yang lengkap dan memberikan segala khasiat yang diperlukan oleh bayi yang sedang
membesar, mala han kandungan pada susu ibu sememangnya mampu untuk
menentang penyakit yang ada di sekitarnya (Fairbank, 2000). Kajian ini di
perkukuhkan lagi apabila mendapati penyusuan susu ibu selain berkhasiat, ianya juga
memberikan perlindungan imunisasi dan memberikan pertumbuhan yang baik kepada
bayi sehinggalah berusia 2 tahun dan seterusnya (Cadwell, 2002). Selain itu,
penyusuan susu ibu secara eksklusif ini juga menjadikan ibu berasa amat diperlukan
oleh bayi dan mengeratkan lagi kasih sayang di antara mereka (Public Health Report,
2002). Kajian yang terkini pula mendapati kolostrum dan susu ibu adalah makanan
terbaik, yang melindungi bayi daripada penyakit dan alahan, mengenayangkan bayi,
membantu perkembangan bayi dan penyembuhan ibu selepas bersalin, merapatkan
jalinan ibu dan bayi, senang di dapati dan menjimatkan (Tan et aI., 2008).
Walaupun penyusuan susu ibu secara eksklusif memberikan pelbagai kebaikan
dan manfaat kepada ibu dan bayi, namun begitu terdapat juga faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan para ibu untuk menyusukan bayi mereka. Kajian mendapati
tahap pengetahuan dan sikap ibu terhadap penyusuan susu ibu mempengaruhi
amalan mereka (Fairbank, 2000). Terdapat juga faktor-faktor lain seperti ibu yang
bekerja (Tan, 2009), kurang keyakinan diri (Aidam at aI., 2005; Butler et ai, 2004) dan
taraf kehidupan yang tinggi (Tan, 2009). Para ibu juga terdedah kepada promosi
makanan pelangkap melalui media massa (Wan, 1995).
2
Oleh itu, pengkaji ingin membuat kajian soal selidik di Klinik Kesihatan Ibu
dan Anak Pekan Kota Kinabalu dengan responden sebanyak 100 orang yang terdiri
daripada ibu-ibu yang mempunyai bayi berusia sehari sehingga 6 bulan.
1.2
Objektif
Objektif kajian ini ialah:
1.
Untuk menilai tahap pengetahuan penyusuan susu ibu secara eksklusif di
sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
2.
Untuk mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan mengenai penyusuan
susu ibu secara eksklusif dengan sikap dan amalan mereka.
3.
Untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi amalan penyusuan susu ibu
secara eksklusif.
1.3
Kepentingan kajian
Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan,
amalan dan sikap ibu-ibu di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan Kota Kinabalu
mengenai penyusuan susu ibu secara eksklusif, hubungan antara pengetahuan,
amalan dan sikap serta faktor-faktor yang mempengaruhi penyusuan susu ibu secara
eksklusif. Data-data kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk tindakan
seterusnya oleh semua pihak.
3
BAB 2
ULASAN PERPUSTAKAAN
2.1
Latar belakang penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Pada tahun 1993, Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu telah diwartakan untuk
mengukuhkan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif di Malaysia.
Polisi
Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu tersebut telah menyarankan penyusuan susu ibu
secara eksklusif sejak lahir sehingga bayi berusia 4-6 bulan.
Makanan tambahan
dimulakan semasa bayi berumur 4-6 bulan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006).
Manakala Polisi Kebangsaan 2006 yang dikenali sebagai Polisi Penyusuan Susu
Ibu Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006) menyatakan penyusuan susu
ibu secara eksklusif ialah semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu
sahaja (tanpa air, cecair lain atau makanan pepejal kecuali pengambilan vitamin dan
ubat) selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun.
Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan. Penyusuan susu
ibu seharusnya dilanjutkan sehingga mencapai umur 2 tahun seperti yang disyorkan
oleh Badan Perlindungan, Promosi dan Sokongan Penyusuan Susu Ibu yang
ditetapkan dalam polisi oleh WHO/UNICEF dalam mesyuarat pada 1990 (WHO, 1990).
2.2
Faktor-faktor yang mendorong penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Terdapar banyak faktor yang mempengaruhi corak dan tempoh penyusuan susu ibu.
Secara umum, ibu yang matang, tahap pendidikan yang baik, tahap sosioekonomi
yang baik, yang tinggal dalam suasana yang baik, mempunyai sokongan penyusuan
susu ibu yang baik daripada kawan-kawan, jiran dan suami dapat meneruskan
penyusuan susu ibu (Martin et aI., 1988). Pengetahuan sememangnya penting dalam
mengubah amalan pemakanan seseorang (Gillian, Coveney & DaVid, 2008).
Kajian
yang dibuat di Iran mendapati terdapat perkaitan antara penyusuan susu ibu dengan
4
umur ibu dan bayi, tahap pendidikan ibu, penyusuan pad a waktu malam, kesihatan
bayi dan kesihatan ibu (Roudhari, 2009). Selain itu, terdapat faktor sosial, psikologikal
dan faktor klinikal yang mempengaruhi penyusuan susu ibu secara eksklusif seperti
latar belakang ibu seperti umur, tahap pendidikan ibu dan tahap pendapatan keluarga.
Sikap ibu terhadap penyusuan susu ibu dan persekitaran juga mempengaruhi mereka.
Kemudahan yang terdapat di pusat kesihatan juga di dapati mempengaruhi pemilihan
ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka seperti memisahkan bayi dan ibu, promosi
susu formula dan sikap sesetengah anggota kesihatan terhadap penyusuan susu ibu
(Fairbank, 2000). Orner et al (2007) menyatakan pengetahuan ibu, sikap dan
sokongan yang diterima mempunyai pengaruh yang besar dalam meneruskan
penyusuan susu ibu selain faktor demografi, sosioekonomi dan biologi.
Tahap penyusuan yang tinggi di kawasan pedalaman Terengganu adalah
disebabkan penerapan pendidikan Melayu Muslim yang kuat berbanding ibu-ibu yang
berada di kawasan bandar (Wan, 1995). Bagi umat Islam, menyusukan susu ibu
adalah suruhan Allah seperti dalam AI-Quran yang bermaksud, "Dan ibu-ibu hendaklah
menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara
sempurna," (Surah AI-Baqarah, ayat 233). Juga terdapat dalam Surah Lukman, ayat
14 yang bermaksud, " Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik)
kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandung dalam keadaan lemah yang
bertambah-tambah, dan menyusukannya sehingga berusia dua tahun. Bersyukurlah
kepada Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." Ayat
tersebut menunjukkan suruhan anak-anak untuk menghormati para ibu kerana telah
mengandungkan mereka dan menyusukan selama dua tahun sepertimana suruhan
agama (JAKIM, 2007).
5
2.3
Usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menggalakkan penyusuan
susu ibu secara eksklusif.
2.3.1 Perkembangan dalam usaha yang telah dilakukan
Beberapa garis panduan telah berjaya dibentuk hasil komitmen yang tinggi daripada
kesemua pegawai Zat Makanan, Pegawai Perubatan dan Jururawat terpilih di seluruh
Negara lanjutan daripada Mesyuarat Penyemakan Garis Panduan Program Pemakanan
(2003). Matlamat am garis panduan tersebut dibentuk adalah untuk dijadikan
panduan dan rujukan kepada semua anggota kesihatan di dalam melaksanakan
promosi penyusuan susu ibu yang lebih mantap (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2004).
Garis panduan tersebut terdiri daripada 4 komponen iaitu Garis Panduan
Pelaksanaan Klinik Rakan Bayi di Malaysia, Garis Panduan Penubuhan & Pelaksanaan
Aktiviti Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu, Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti
Kaunseling Laktasi untuk anggota kesihatan dan Garis Panduan Pelaksanaan
Pengawasan
Tata
Etika
Produk
Susu
Formula.
Seksyen
Pemakanan
bertanggungjawab bagi merancang, membangun dan mengawasi aktiviti promosi
pemakanan termasuklah tumpuan terhadap promosi penyusuan susu ibu secara
Eksklusif dan pelaksanaan Hospital Rakan Bayi sebagai usaha untuk menggalakkan
penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Selain itu, beberapa latihan untuk anggota
kesihatan juga telah dijalankan bagi memastikan 10 langkah ke arah penyusuan susu
ibu yang berjaya dapat dipraktis dan dikekalkan. Terdapat juga penguatkuasaan Tata
Etika
Produk Susu
Formula
Bayi
yang
bermatlamat untuk mempertahankan
keunggulan susu ibu bagi membantu dalam pemakanan bayi yang selamat dan
lengkap melalui perlindungan, penggalakkan dan sokongan penyusuan susu ibu dan
untuk memastikan penggunaan Produk Susu Formula Bayi yang betul apabila
diperlukan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2004).
6
Selain itu, terdapat pelbagai lagi strategi baru dalam mempromosi penyusuan
susu ibu seperti pendidikan melalui media massa, Latihan Pengurusan Laktasi (18
jam) dan Kursus kaunseling Penyusuan Susu Ibu untuk golongan professional
kesihatan (40 jam) dan juga penyediaan kurikulum sekolah (Pendidikan Fizikal dan
Kesihatan) untuk Kanak-kanak sekolah rendah dan menengah. Minggu Penyusuan
Susu Ibu Sedunia pada minggu pertama bulan Ogos juga dijalankan oleh Kementerian
Kesihatan. Pada minggu tersebut, semua jabatan kesihatan negeri mengadakan
aktiviti masing-masing seperti pameran dan forum awam yang berkisar tentang
penyusuan susu ibu. Aktiviti ini dapat membantu usaha lain yang dijalankan untuk
mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam tentang penyusuan
susu ibu (NCCFN, 2005).
2.3.2 Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (2006-2015)
Pelan ini telah menetapkan penunjuk tindakan dan sasaran peningkatan usaha
Kementerian Kesihatan pada 2015 iaitu prevalen penyusuan susu ibu eksklusif pada 4
bulan disasarkan meningkat daripada 29% (1996) kepada 40%, prevalen penyusuan
susu ibu eksklusif pada 6 bulan disasarkan dengan menetapkan 15% penyusuan susu
ibu eksklusif sehingga 6 bulan di kalangan bayi dan pengenalan makanan pelengkap
tepat pada masanya (selepas 6 bulan) disasarkan dengan menetapkan 50%
pengenalan makanan pelengkap tepat pada masanya di kalangan bayi berumur 6
bulan hingga di bawah 10 bulan.
Selain itu, galakan amalan pemakanan yang
optimum di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil dilaksanakan dengan mengkaji
semula Polisi Penyusuan Susu Ibu sedia ada dan menyediakan polisi, garis panduan
dan kurikulum untuk penyusuan susu ibu dan makanan pelengkap kanak-kanak yang
komprehensif dalam tempoh sehingga hujung bulan 2006 yang lalu (Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2006).
Kementerian
Kesihatan
Malaysia
juga
memantapkan
dan
meluaskan
pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI), meluaskan dan memantapkan
pendidikan tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi ibu bekerja melalui sesi
7
dialog dengan menggunakan media massa untuk mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dan menggalakkan penyusuan
susu ibu dan penjagaan anak yang cukup di tempat kerja (untuk sektor awam dan
swasta) melalui pertambahan bilangan kemudahan
penyusuan susu ibu dan
penjagaan anak di tempat kerja sebanyak 50% pada 2010 dan 100% pada 2015.
Terdapat juga
penyediaan
garis panduan
berkenaan
penubuhan
kemudahan
penyusuan ibu dan penjagaan anak di tempat kerja, memantapkan penubuhan
kumpulan sokongan dalam komuniti terhadap penyusuan susu ibu dan pemakanan
bayi dengan sasaran satu kumpulan bagi setiap daerah pada 2015 dan akhir sekali
ialah memantapkan pelaksanaan Tata Etika untuk produk Formula Bayi melalui
sikongan berterusan melalui seminar dan latihan Tata Etika sekali dalam setahun
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006).
2.3.3 Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI).
Inisiatif Hospital rakan
Bayi merupakan salah satu strategi terpenting yang
dilaksanakan bagi memperkukuhkan amalan penyusuan susu ibu melalui penglibatan
perkhidmatan ibu dan anak di hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Inisiatif ini
ditubuhkan oleh UNICEF di Swtizerland pada tahun 1993 untuk mempromosikan
penyusuan susu ibu pada jam yang pertama, penyusuan kolostrum dan penyusuan
susu ibu secara eksklusif (Faruque at aI., 2008).
Di Malaysia, pada akhir tahun 2006, sebanyak 116 daripada 128 buah hospital
di bawah Kementerian Kesihatan telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Hospital
Rakan Bayi atau 'Baby Friendly Hospital' mempunyai polisi yang disebarkan kepada
semua anggota hospital bagi menyokong penyusuan susu ibu.
Kakitangan yang
mempunyai
untuk membuat
pengetahuan
dalam
hal
ini
boleh
bekerjasama
perubahan-perubahan tertentu dan yang perlu bagi menyingkirkan amalan-amalan
yang menggagalkan amalan penyusuan susu ibu dan seterusnya mempraktiskan 'Baby
Friendly'.
Matlamat penubuhan
bukanlah
untuk mendapatkan 'plaque' atau
pengiktirafan semata-mata tetapi untuk meningkatkan kadar penyusuan susu ibu
8
RUJUKAN
Angel Moral, Ignasi Bolibar, Gloria Seguranyes, Josep M Ustrell, Gloria Sebastia,
Cristina Martinez-Barba, Jose Rios. Mechanics of sucking: comparison between
bottle feeding and breastfeeding. BMC Pediatrics 2010; 10: 6.
Aidam BA, Perez-Escamilla R, Lartey A & Aidam J (2005). Factors associated with
exclusively breastfeeding in Accra, Ghana. Eur J Clin Nutr 59: 789-796.
Akta dan Perundangan Makanan, 1985. http://www.fda.gov/Food/FoodSafetyjProduct
SpecificInformationjInfantFormula/default.htm
Alison Stuebe, The Risks of Not Breastfeeding form mothers and infants, Rev Obstet
Gynecol. 2009 Fall; 2(24): 222-231.
Ay Eeng Tan, Wai Kwong Choong, Pooi Yan Leong, Wei Mui Ng, Soon Leong Yong.
Knowledge, Attitudes and Sources of Information on Breastfeeding among
Pregnant Mothers. Med & Health 2008; 3 (1): 30-37.
Balakrishnan & Hasbullah, 1977. Breast-feeding in Kelantan. Med J Mal 32: 22-3
Bar-Yam NB & Darby (1997). Fathers and breastfeeding: A review of literature. J Hum
Lact 13(1): 45-50.
Blair PS, Fleming PJ, Smith IJ. Babies sleeping with parents: case-control strudy of
factors influencing the risk of the sudden infant death syndrome. BMJ 1993,
319: 1457-1462.
Bonnie S. Worthington-Roberts. Pemakanan semasa hamil dan laktasi. Makanan,
Pemakanan dan Terapi Diet, Dewan Bahasa dan Pustaka 1993.
Brandtzaeg P (2003). Mucosal immunity: integration between mother and the breastfeed infant. Vaccine 21: 3382-3388.
Bradley JE, Meme J. Breastfeeding promotion in Kenya: Changes in health worker
knowledge, attitudes and practices, 1982-89. J Trop Pediatr 1992; 38: 228-35.
Brent NB, Redd B, Dworetz A, D'Amico F, Greenberg JJ. Breastfeeding in a low-income
population Program to increase incidence and duration. Arch pediatr Adolesc
Med 1995; 149: 798-803.
Butler 5, Williams M, Tukuitonga C & Peterson J (2004). Factors associated with not
breastfeeding exclusively among mothers of a Cohort of Pacific Infants in New
Zealand. NZ Med J 117: 908-918.
S3
Cadwell, ~., Turner-Maffei, c.,.Blair, A., Arnold, L., Mcinerney, Z.M., Cadwell, c.,
Bnmdyr, K. 2002.Reclalmlng breastfeeding for the US: protection, promotion
and support, Sadbury: Jones and Barlett Publishers.
Caroline GA Van Veldhuizen-Staas, Case Report: Overabundant milk supply: an
alternative way to intervere by full drainage and blockfeedlng, International
Breastfeeding Journal 2007, 2: 11.
Cathy A. Bryant, MD. Nursing the Adopted Infant. ] Am Board Fam Med 2006; 19:374-
9.
Chia SF. 1992. A survey of breast feeding practices in Infants seen In general practice.
Med] Mal 47(2):134-8.
Chezem, Jocarol (J), Friesen, Carol (C); Boettcher, Joan (J), 2006. Breastfeedlng
knowledge , breastfeedlng confidence and infants feeding plants: effects on
actual feeding practices. ] ObstetGyneco/ Neonanal Nuts 32 (1), 40-7.
Committee on Nutrition. American Academy of Pediatrics. PediatriCS 1976.
Committee on Nutrition. American Academy of Pediatrics. Breastfeedlng and th us
of human milk. Pediatrics 2005.; 115: 496-506.
Committee on Nutrition. American Academy of Pediatrics. The practical significance of
lactose intolerance in children. Pediatrics 1978; 62: 240-245.
Committee on Nutrition. American Academy of Pediatrics. Hypoallergenlc Infant
formulas. Pediatics 2000; 106:346-349.
Committee on Nutrition. American Academy of PediatriCS, Special Supplement
Nutrition Program for women, infants and children and Infant feeding
practices, Pediatrics 2007; 119: 281289.
Committee on Nutrition. American Academy of Pediatrics. The use of whole cow's milk
in infancy. Pediatrics 1992; 89: 1105-1109.
Committee on Nutrition. American Academy of Pediatrics. Iron fortification of Infant
Formulas. Pediatrics 1999; 104 (1): 119-123.
Committee on Nutrition. American Academy of Pediatrics. Soy protein-based
formulas: Recommendations for use In infants feeding. Pediatrics 1998; 101
(1): 148-153.
Committee on Nutrition. American Academy of Pediatrics. Lactose Intolerance In
S4
Infants, Children and Adolescents, Pediatrics 2006; 118; 1279-1286.
Cregan MD, Mitoulas LR, Hartmann PE: Milk prolactin, feed volume and duration
between feeds in women breastfeeding their full - term infants over 24 hour
period. Exp Physio) 2002, 87: 207-214.
Diamond dan Ashworth, 1987. Infant feeding practices in Kenya, Mexico and Malaysia.
Hum Nutr Appl Nutf 41 A : 51-64.
Davis M, Savitz D & Grauford B (1988). Infant feeding and childhood cancer. The
Lancet 2 (8607): 365-368.
Davies-Adetugbo AA, Fabiyi AK, Ojoofeitimi EO, Adetugbo K. Breastfeeding training
improves health worker performance in rural Nigeria. East Afr med J 1997; 74:
510-13.
Dance J, Nihar SU, Alom R, Altaf N, Diba F, Sarker R. Asian antenatal care
programme. In: Simms C, McHaffie H, Renfrew MJ, Ashurst H. The Midwifery
Research Database, MIRIAD: a source book of information about research in
Midwifery. Hale: Books for Midwives Press; 1994.
Dasgupta A, Bhattacharya S, Das M, Chowdhury KM, Saha S. Breastfeeding practices
in a teaching hospital of Calcutta before and after the adaption of BFHI (Baby
Friendly Hospital Initiative). J Indian Med Assoc 1997; 95: 169-71, 195.
De Gale J. Promoting breastfeeding in schools. Health Visitor 1995; 68: 452-3.
Faruque AS, Ahmed AM, Ahmed T, Islam MM, Hossain MI, Roy SK, Alam N, Kabir I,
Sack DA. Nutrition: basis for healthy children and mothers in Bangladesh. J
Health Popul Nutr. 2008 Sept; 26(3): 325-39.
Fewtrell MS, Lucas p, Collier S, Singhal A, Ahluwalia JS, Lucas A. Randomized trial
comparing the efficacy of a novel manual breast pump with a standard electric
breast pump in mothers who delivered preterm infants. Pediatrics 2001; 107:
1291-7.
Gartner LM, Morton J, Lawrence RA, et al. Breastfeeding and the use of human milk.
Pediatric£ 2005;115:496-506
Gary Ong, Mabel Yap, Foo Ling Li, tai Bee Choo. Impact of working status on
breastfeeding in Singapore, Evidence from National Breastfeeding Survey
2001, European Jounal of Public Health (2005), Vol. 15, No.4, 424-430.
55
Gillian A, Coveney J and Cox D, 2008. Exploring Nutrition knowledge and the
demographic variation in knowledge levels in an Australian Community sample.
Pub Health] Nutr 11 {12J 1365-71
Goldfield EC, Richardson MJ, Lee KG, Margette S: Coordination of sucking, swallowing
and breathing and oxygen saturation during early infant breast-feeding and
bottle-feeding. Pediatrics Res 2006; 60: 450-455.
Gonzales N, Hertrampf E, Mardones F, Rosso P, Verdugo C. Evaluacian preliminary
programa de formento de la lactacia maternal. Rev Chil Pediatr 1983; 54: 3640.
Granadillo D, Salinas P, Nava D, Jesus L, Delgadol, Arandia J. Educacion para la salud
a las mad res del area del ambulatorio EI Llano, Meridia, Venezuela. Aten
Primaria 1994; 13: 107-10.
Granthum-McGregor S, Ani C. A review of studies on the effect on iron deficiency on
cognitive development in children. J Nutr. 2001; 131: 6495-6685
Griffiths U, Tate AR, Dezateux C. The Contribution of parental and community
ethnicity of breastfeeding practices: Evidence from the Millenium Cohort Study.
Int J Epidemial 2005; 34: 1378-86.
Groh-Wargo and Antonelli K. Normal Nutrition During Infancy in Queen PM and Lang
CE (eds.) The Handbook of Pediatric Nutrition, Gaithersburg, Aspen Publishers;
pp. 107-144. 1993.
Grossman LK, Harter C, Kay A. Prenatal interventions increase breast-feeding among
low-income women. Am J Dis Child 1988; 142:404.
Heinz Infant Nutrition Institude. In-Touch Newsletter, Vol 21 (2), 2004.
Henry Wamani, Thorkild Tylleskar, Anne Nordrehaug Astrom, James K Tumwine and
Stefan Peterson, Mothers' education but not fathers' education, household
assets or land ownership is the best predictor of child health inequalities in
rural Uganda, International Hornal for Equity in Health 2004, 3; 9.
Henderson JJ, Hartmann DE, Newnham JP, Simmer K. Effect of preterm birth and
antenatal corticosteroid treatment on lectogenesisi II in women. Pediatrics
2008; 121: e92.
Host A, Jacobsen HP, Halken S, Holmenlund D. The natural history of cow's milk
protein allergy/intolerance. Eur J Clin Nutr. 1995; 49 (suppl 1): 513-518.
56
Indrio F, Ladisa G, Mautone A. Effect of a fermented formula on thymus size and stool
pH in healthy term infants. Pediat Res. 2007; 62: 98-100.
Institute of Public Health (IPH) (1998): The Second National Health and Morbidity
Survey (NHMS-II) 1997, Infant Feeding. Ministry of Health, Malaysia.
Institute of Health (IPH) (2008): The Third National Health and Morbidity Survey
(NHMS-III) 2006, Infant Feeding. Ministry of Health, Malaysia.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2010. Buku Kementerian Pertanian dan Asas Tani.
Kementerian Pertanian Malaysia.
Jabatan Statistik Malaysia (cawangan Sabah). 2006.
Pendaftaran Negara. Jabatan Penda1taran Negara.
Buku Tahunan Jabatan
JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Tafsir Quran Darullman, Pustaka Darul
Iman, Sdn Bhd, 1997. m/s 37.
Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan.
National Coordinating Committee on Food and Nutrition (NCCFN) (2005).
Jellife DB & Jellife EFP (1978). Human Milk in the Modern World. New York: Oxford
University Press.
John G. Haaga, 1986. Evidence of a Reversal of the Breasffeeding Decline in
Peninsular Malaysia. Am J Public Health 1986; 76:245-251.
Julie Saltman Roberti and Patricia Worthington, 2004. Infants, toddlers and Preschool
Children , Practical As:~ of Nutritional Support: An Advanced Practice Guide
Saunders, USA, 2004. m/s 43.
~~~
~
Khosravi MR. The survey of the exclusive breastfeeding percent in children between 4
to 24 months in Negar vii/age of Bardsir and its lack of observe causes
(dissertation). Kerman: Kerman University of Medical Sciences, 1994.
Kramer MS & Kakuma R. Optimal duration of exclusive breastfeeding. Cochrane
Database Syst Rev 2002; (1): CD003517. Issue 3
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2004. Laporan Tahunan dan Aktiviti Tahun 2004.
cawangan Pemakanan.
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005 (a). Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya, Malaysia.
57
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005 (b). Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan
Malaysia (2006 - 2015), Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Untuk Makanan
dan Pemakanan. Putrajaya, Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia,2006. Laporan Tahunan dan Aktiviti Tahun 2006.
Cawangan Pemakanan.
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007. Anak Kurang Berat: Bagaimana Mengatasinya.
Cawangan Pemakanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.
Putrajaya, Malaysia.
Khassawneh M., Khader Y., Amarin Z., Alkafajei A., 2006. A Cross-sectional Study:
Knowledge, attitude and practice of breastfeeding in the north of Jordan.
Intern Breastfeed J 1:17.
Khoury A. J, Hinton A, Mitra AK, Sheil H, Moazzem W. Evaluation of Mississippi's
breastfeeding promotion program. Hattiesburg (MS): University of Southern
Mississippi; 2001
Khoury A. J, Hinton A, Mitra A.K, Carothers C, Foretich c., 2002. Improving
breastfeeding know/edge, attitudes and practices of WIC Clinic staff, Public
Health Reports 117, 453-62.
L Fairbank, S O'Meara, MJ Renfrew, M Woolridge, A J Sowden, D Lister-Sharp. A
Systematic Review to evaluate the effectiveness of interventions to ptomote
the initiation of breastfeeding. Health Technology Assessment 2000, Vol. 4, No.
25.
Lawrence, R.A & Lawrence, R.M. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession
(Fifth Edition), Mosby Inc., USA, 1999.p: 64-73.
Lawrence, R.A & Lawrence, R.M. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession
(Sixth Edition), Mosby Inc., USA, 2005.
Lawrence RA. Peer support: making a difference in breastfeeding duration. Can Med
Assoc J 2002; 166:42-3.
Ludvigson JF, Ludvigsson J: Socio-economic determinants, maternal smoking and
coffee consumption and exclusive breastfeeding in 10205 children. Acta
Paediatr 2005, 94: 1310-1319.
Martin J, White A, Eds. Infant Feeding 1980. Office of Population Censuses ans
surveys Cop (s), Social Survey Division. London: HMSO, 1988.
58
McBean LD, Miller GD. Allaying fears and fallacies about lactose intolerance. J Am Diet
Assoc. 1998; 98: 671-676.
McCoy RC, Hunt CE, Lesko SM, Vezina R, Corwin MJ, Willinfer M, Hoff HJ & Mitchell AA
(2004). Frequency of bed-sharing and its relationship to breastfeeding. J Dev
Bchar Pediatr 25: 141-149.
MD Froozani, K. Permehzadeh, A.R. Dorosty Motlagh & B. Golestan, Effect of
breastfeeding education on the feeding pattern and health of infants in their
first 4 months in the Islamic Republic of Iran, Buletin of the World Health
Organization, 1999.
Meek JY. Breastfeeding in the workplace. Pediatric Clinics of North America 2001,
48(2): 461-474.
MJ Renfrew, D Craig, L Dyson, F McCormick, S Rice, SE King, K Misso, E Stenhouse
and AF Williams, Breastfeeding promotion for infants in neonatal units: a
systematic review and economic analysis, Health Technology Assessment
2009; Vol.13: No. 40.
Melvin B. Heyman, American Academy of Pediatrics, Lactose Intolerance in Infants,
Children and Adolescents, Pediatrics 2006; 118: 1279-1286.
Ministry of Health (MOH) (2007). Annual Report 2006. Division of Family Health
Development, Ministry of Health Malaysia.
Mobarak F. The survey of continuation of breastfeeding and its effective factors at
Zahedan (dissertation). Zahedan: Zahedan University of Medical Sciences,
2002.
Moynihan PJ 1996. A comparison of the relative acidogenic potential of infant milk and
soya infant formula: a plaque pH study. Int J. of Pediatric Dentistry; 6: 177181.
Nathavitharana KA, catty D, McNeish AS. IgA antibodies in human milk:
epidemiological markers of previous infections? Arch Dis Child Fetal Neonatal
Ed. 1994;71:F192-F197.
Newman J (1995). How breast milk protects Newborns. Scientific American 273
(6):76.
NHMS III, 2006. http://www.nih.gov.my/NHMS/abstracts_13.html
59
Nuss H., Graves J.F., Clarke K, Lehman D.K., Milani T. J., 2007. Greater Nutrition
Knowledge Is Associated with Lower One year Postpartum Weight Retention in
Low-Income Women. JAm Diet Assoc 107;1801-06.
Oddy W ,2001. Breastfeeding protects against illness and infection in infants and
children : a review of evidence, breastfeed Rev 9 (2): 11-8.
Omer-Salim A, Persson L. A, Olsson P. Whom can I rely on? Mothers' approaches to
support for feeding: An interview study in Suburban Dar es Salaam, Tanzania.
Midwifery 2007; 23: 172-83.
Ortenstrand A, Waldenstrom U, Winbladh B. Early discharge of preterm infants
needing limited special care, followed by domiciliary nursing care. Acta P
aediatrica 1999; 88: 1024-30.
Ortenstrand A, Winbladh B, Nordstrom G, Waldenstrom U. Early discharge of preterm
infants followed by domiciliary nursing care: parents' anxiety, assessment of
infant health and breastfeeding. Acta paediatrica 2001; 90: 1190-5.
Pathmanathan 1978. Breastfeeding-a study of 8750 Malaysian infants. Med J Mal 33:
113-119.
Patton CB, Beaman M, Csar N, Lewinski C. Nurses' attitudes and behaviors that
promote breastfeeding. J Hum Lact 1996; 12: 111-15.
Peggy L. Pipes. Pemakanan Semasa Bayi. Makanan, Pemakanan dan Terapi Diet,
Dewan Bahasa dan Pustaka 1993.
Penders J, Thijs C, Vink C. Factors influencing the composition of the intestinal
microbiota in early infancy. Pediatrics. 2006; 118: 511-521.
Peterson JA, Patton 5, Hamosh M. Glycoproteins of the human milk fat globule in the
protection of the breast-fed infant against infections. Bioi Neonate.
1998;74:143-162.
Pribila SA, Hertzler SR, Martin SR, Weaver CM, Savaiano DA. Improved lactose
digestion and intolerance among African-American adolescent girls feed a
dairy-rich diet. J Am Diet Assoc. 2000; 100: 524-528.
Public Health Reports/ September-October 2002, Improving Breastfeeding Knowledge,
Attitudes and Practices of WIC Clinic Staff, Association of Schools of Public
Health, Vol 117: 453-462.
60
R. Haider, I. Kaber, lD Hamadani & D. Habte. Reasons for failure of breastfeeding in
Bangladesh. Bulletin of the World Health Organization (WHO) 1997, 75 (3):
191-196.
Rahimah Abdul Kadir, 1995. Pendidikan Kesihatan:Teori dan Amalan, Cetakan Dewan
Bahasa dan Pustaka. mjs 46.
Raisler J, Alexander C & 0' Campo P (1999). Breastfeeding and infant illness: a doseresponse relationship. Am J Public Health 89: 25-30.
Riordan, 1 Breastfeeding and
Massachusetts, 2005.
Human
Lactation.
(Third
Edition).
Sudbury,
Roudbari M, Roudbari S, Fazaeli A. Factors associated with breastfeeding patterns in
women who recourse to health centres n Zahedan, Iran.
Roman CAK. The effect of individual and group educational interventions on first time
breast-feeding mothers with implications for nursing education. Detroit (Mr):
Wayne State University; 1992.
Rowe-Murray HJ, Fisher JRW. Operative intervention in delivery is associated with
compromised early mother-infant interaction. BJ OG 2001; 108: 1068-75.
Shaikh Alaudeen, 1996. Penyusuan susu ibu: Aspek pemakanan, perkembangan dan
kesihatan bayi, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sciacca JP, Phipps BL, Dude DA, Ratliff MI. Influences on breast-feeding by lowerincome women: an incentive-based, partner-supported educational program.
J Am Diet Assoc 1995; 95: 323-8.
Sciacca JP, Phipps BL, Dude DA, Ratliff MI. A breast-feeding education and promotion
program effects on knowledge, attitudes and support for breast feeding. J
Community Health 1995; 20: 473-90.
Semenza G. Anchoring and biosynthesis of stalked brush border membrane proteins:
glycosidases and peptidases of enterocytes and renal tubuli. Annu Rev Cell
BioI. 1986; 2: 255-313.
Sikorski J, Renfew MJ, Pindoria S, Wade A. Support for breastfeeding mothers
(Cochrane Review). The Cochrane Library 2002; Oxford: Update Software;
2002.
Smith, LJ. Informed Decision Making in Infant Feeding Presentation, 2007.
61
Suriati Ghazali 1998. Menyusukan bayi: mengatasi Halangan Mental dan Sosial. KL:
Utisan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Tan KL, 2009. Factors associated with non-exclusive breastfeeding among 4-week
post-partum mothers in Klang District, Peninsular Malaysia.
Mal J Nutr
15(1):11-8.
Teoh SK, 1975. Breastfeeding in a rural area in Malaysia. Med J Mal 30: 175-179.
Unit Laktasi Hospital Likas 2008. Risalah Penyusuan Susu Ibu.
Ulshen MH. Carbohydrate Absorption and Malabsorption. In: Walker WA, Watkins JB,
Duggan C, editors. Nutrition in Pediatrics. 3rd ed. Hamilton, Ontario. BC Decker;
2003: 811-829.
Villalpando S, Flores-Huerta S, Lopez- Alarcon M, Cisneros-Silva 1. Social and biological
determinants in establishing lactation. Food Nutr Bull 1996; 18: 328-35.
Wan A Manan, 1995. Breast-feeding and infant feeding practices in selected rural and
semi-urban communities in Kemaman, Terengganu. Mal J Nutr 1:51-61.
Ward P, Paz E & Conneely 0 (2006). Multifunctional roles of lactoferrin: a critical
overview. Cell Mol Life Sci 62 (22): 2540-8.
Westphal MF, Taddei JA, Venancio SI, Bogus CM. Breastfeeding training for health
professionals and consultant institutional changes. Bull World Health Organ
1995; 73: 461-8.
Widstrom AM, Wahlberg V, Matthiensen AS, Eneroth P, Uvnas-Moberg K, Werner 5, et
al. Short-term effects of early suckling and touch of the nipple on maternal
behavior. Early Hum Dev.1990;21:153-63.
Winikoff B, Myers D, Laukaran VH, Store R. Overcoming obstacles to breast-feeding in
a large municipal hospital: applications of lessons learned. Pediatrics 1987; 80:
423-33.
World Health Assembly (WHA) (2001). Infant and Young Child Nutrition. World Health
Assembly, Geneva.
WHO/UNICEF, 1989. Joint Statement. Protecting,promoting and
breastfeeding; the special role of maternity services. Geneva.
supporting
World Health Organization (1990), Breastfeeding in the 1990's: A Global Initiative.
Report on the WHO/UNICEF Collaborative Meeting on Breastfeeding, Geneva,
WHO.
62
World Health Organization (WHO) (1997). Hypoglycaemia of the newborn: review of
the
literature.
Geneva
(WHO/CHD?97.1;
http://whqlibdoc.who.intjhq/1997/WHO-CHD-97.1.pdf, accessed 24 June
2008).
World Health Organization (WHO) (2001). Collaboration Study Team on the role of
breastfeeding on the prevention of infant mortality: effect of breastfeeding on
infant and child mortality due to infections diseases in less developed
countries: a pooled analysis: Lancet 355: 451-455.
Zulkifli A, Daw WK, Abdul Rahman I. 1996. Breastfeeding and weaning practices in
rural communities of Kelantan. Mal J Nutr2:148-54.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe= 6&storyid = 121911
4303937
http://thestar.com.my/health/story.asp?file=/2007/7/8/health/18226159&sec= health
http://www.nutrition.moh.gov.my/index.php/program-pemakanan/program-tata-etikapemasaran-pemakanan-bayi-dan-produk-berkaitan
http://www.susuanibu-pk.gov.my/WBW.htm
http://www.toronto.ca/legdocs/mmis/2007/hl/bgrd/backgroundfile-4312.pdf
http://www.cocoscience.com/pdf/breast_milk_and_formula_milk_compositions.pdf
http://www.columbia.edu/itc/hs/pubhealth/modules/reproductiveHealth/pregnancy.ht
ml
http://www.bpni .org/breastfeedi ng/Breastfeeding-Practices_problems-prospects. pdf
http://www.nutriweb.org.my/article.php?sid= 43
http://www.cdc.gov/fluoridation/safety/infant_formula.htm
http://www.aafp.org/afp/2009/0401/p565.html
http://www.fda.gov/ForConsumers/ConsumerUpdates/ucm048694.htm
http://www.accessdata.fda.gov/scripts/cdrh/cfdocs/cfcfr/CFRSearch.cfm?CFRPart= 107
&showFR=l
63
http://www.bpac.org.nz/magazine/2008/august/formula.asp
http://www.unicef.org/malaysia/msl!media_7070.html
64

Documentos relacionados